Thursday, November 18, 2010

KETIKA MAHU M'CARI CAL0N..

KETIKA MAHU M'CARI CAL0N...~ by Ahlan Wasahlan سيتي فاطمه on Sunday, October 17, 2010 at 11:27am 1. KETIKA MENCARI CALONJanganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kitaJanganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 2. KE...TIKA MELAMARAnda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 3. KETIKA AKAD NIKAHAnda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah 4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHANCatat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka. 5. KETIKA MALAM PERTAMABersyukur dan bersabarlah.Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGASedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANGJangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justrusemakin erat berpegang tangan 8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.Cintailah isteri atau suami anda 100% 9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. 10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUMYakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurusdengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANGJangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingikita semasa menderita 12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secarabertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda. 13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasilmenyelesaikan semua pekerjaan. 14.KETIKA MENDIDIK ANAKJangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidakpernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujurkepada anak .... 15.KETIKA ANAK BERMASALAHYakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya. 16.KETIKA ADA PIL.Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

No comments:

Post a Comment