Sunday, April 24, 2011

Warkah ke syurga



Prof Dr Hamka pernah berkata " Kita blh menghitung usia kita yang tlh kita gunakan tetapi kita tidak blh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal. "

Saturday, April 23, 2011

Kenapa Pilih Untuk Binasa?

Syariat Islam sebenarnya mengajar kita menjadi insan yang patuh dan mencintai kebaikan. Oleh itu, sesiapa yang hendak melanggarnya, bermaksud dia sengaja mahu memusnahkan diri sendiri. Sedangkan ALLAH SWT melarang manusia menjerumuskan diri dalam kehancuran seperti dala, firmanNYA;

"Dan janganlah kamu sengaja ...mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." - Surah Al-Baqarah: 195

Manusia yang berani melakukan maksiat juga sengaja mahu menafikan fitrah kejadiannya yang dicipta sebagai sesempurna kejadian. Manusia dijadikan sempurna tetapi dia sendirilah yang membuatkan dirinya menjadi hina akibat kederhakaan kepada ALLAH.

Firman ALLAH lagi; "Sesungguhnya KAMI telah menjadikan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya. Kemudian KAMI kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya." - Surah At-Tin: 4-5

Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan di atas setiap perbuatan yang dilakukan. Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang amalan kebaikan, sekecil zarah pun akan dibalas, begitu juga dengan amalan kejahatan, sekecil zarah pun tidak akan terlepas daripada perhitunganNYA.

Ramai yang sering memberikan alasan "belum bersedia" untuk berubah. Jika alasan itu sering diberi selama-lamanya lah dia tidak akan bersedia jika langkah pertama tidak diambil. Ingat kembali sirah Rasulullah? Jika Rasulullah tidak mengambil langkah pertama iaitu untuk berdakwah dengan cara bersembunyi tentu Islam belum sampai pada kita hari ini. Bermula dengan dakwah secara bersembunyi, baginda berdakwah secara terang dan terbuka. Akibatnya Baginda sekeluarga dipulaukan. Pelbagai dugaan getir yang dihadapi sehinggalah Islam bersinar megah seperti megahnya Negara Islam pertama, Madinah Al Munawwarah dibangunkan. Begitulah caranya kita menegakkan Islam dalam diri kita.

Adakah berat benar untuk melakukan suruhan ALLAH dan meninggalkan segala laranganNYA walaupun dia telah meyakinkan kita melalui firmanNYA,

"ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." - Surah Al-Baqarah: 286

ALLAH SWT mengetahui kemampuan manusia yang diciptaNYA. Oleh itu suruhan dan laranganNYA tentulah bersifat 'mampu dibuat sahaja'.

Contohnya mengerjakan solat adalah wajib. Tetapi untuk melaksanakannya ALLAH memberi rukhsah (keringanan) jika berhadapan dengan masyaqqah (kesukaran).

Puasa pada bulan Ramadan itu wajib. Namun haram kepada wanita yang didatangi haid, nifas dan wiladah dengan syarat wajib menggantikannya semula.

Mengeluarkan zakat itu wajib jika haul dan nisabnya cukup. Ada pula perkiraan yang mesti dibuat untuk melayakkan seseorang mengeluarkan zakat. Islam tidak zalim untuk menyuruh orang miskin mengeluarkan zakat. Sebenarnya zakat untuk membantu orang miskin.

Menunaikan haji juga wajib tetapi syaratnya apabila seseorang mampu menunaikannya dari segi kewangan dan kesihatan diri. Hanya yang diwajibkan pula hanya sekali seumur hidup. Orang yang banyak bebanan hutang tidak digalakkan menunaikan haji.

ALLAH mengetahui keupayaan kita. Oleh kerana itulah agama memberi keringanan dalam keadaan-keadaan tertentu. Setakat ini sudahkah kita dapat mengesan betapa mudah dan mesranya Islam dihati kita?

Walau bagaimanapun, ada-ada saja helah manusia yang keras kepala dan degil ini. Mengapa agaknya?

Rebutlah peluang bukan alasan. Jawapannya tergantung pada diri sendiri iaitu pada akal dan nafsu. Akal membezakan manusia dengan haiwan. Nafsu pula menyuruh manusia melakukan kejahatan. Ditengah-tengahnya ada ilmu yang boleh membezakan tindakan baik atau jahat. Pilihlah yang mana satu.

Thursday, April 21, 2011

GETARAN TANAH KETIKA HUJAN TURUN


Dalam persidangan saintifik pertama tentang keajaiban saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah yang diadakan di Islamabad,Pakistan, seorang sarjana tumbuh-tumbuhan mengatakan bahawa ada ayat Al-Qu’ran yang menceritakan tentang fakta sains yang ditemui pada tahun 1827.

Pada tahun 1827 seorang saintis Inggeris bernama Brown telah menemui bahawa ketika air hujan sampai ke tanah, ia menyebabkan terjadi getaran & goncangan molekul tanah.

Tanah mengandungi pelbagai molekul yang mempunyai pelbagai jenis bijih yang dimampat antara satu sama lain. Ketika hujan turun, pelbagai jenis bijih ini mengujudkan pelbagai jenis arus elektrik disebabkan bijih-bijih ini mungkin terdiri dari jenis-jenis mineral yang berbeda.

Bijih-bijih ini terion (ion adalah molekul antara sekumpulan molekul yang mempunyai arus elektrik. Jika terdapat penurunan arus elektrik dalam beberapa dari molekul-molekul tersebut,ia berubah menjadi ion positif & jika arus elektrik meningkat dalam beberapa dari molekul-molekul tersebut,ia berubah menjadi ion negatif).

Ketika hujan, molekul-molekul ionik bergegar dan apabila air menyimbahi mereka dari arah yang berbeza (gegaran dan goncangan molekul-molekul ion yang asalnya mampat merenggangkan jarak bijih-bijih & air boleh masuk di celah-celah di-antara bijih-bijih tersebut) ia menyerap air dan meningkatkan saiznya.

Apabila ia membesar disebabkan air, maka ia menjadi pengumpul mineral bagi air dalam tanah. Tumbuh-tumbuhan mendapatkan bekalan air selama dua atau tiga bulan dari pengumpul mineral. Jika pengumpul-pengumpul air ini tidak terbentuk, air akan terus menyusup ke dalam tanah dan tumbuh-tumbuhan akan mati dalam tempoh seminggu.

Penemuan ini telah dinamakan Brown’s Shaking, sempena nama pakar tumbuhan Inggeris tersebut,padahal ia telah disebutkan dalam Al-Qur’an sebelum empat belas abad lalu.

Hal ini adalah disebabkan kejahilan manusia yang tidak mahu membaca dan bertanya. Di dalam Al-Qur’an diterangkan: ” Dan kamu melihat bumi yang kering kontang, maka apabila Kami turunkan ke atasnya air (hujan) ia bergerak dan ia subur dan ia menumbuhkan berbagai jenis pasangan tumbuh-tumbuhan yang indah dipandang.” ( Al- Hajj 22: 5).

Oleh itu Al-Quran telah mendahului ilmu sains moden dalam mengungkap getaran tanah yang disebabkan oleh hujan. Ini adalah bukti jelas bahawa ayat Al-Qur’an adalah wahyu Ilahi.

Ianya telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk memberikan panduan yang paling bermenafa’at bagi kehidupan manusia serta ia banyak menawarkan rahsia alam semesta yang manusia terpaksa bersusah payah untuk mencarinya jika manusia tesebut tidak membaca dan meneliti kandungan Al-Quran.


Tuesday, April 19, 2011

TAUBAT DAN ISTIGHFAR


Allah Ta'ala berfirma

“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Az-Zumar: 53).

“Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya sendiri, kemudian ia memohon ampunan kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nisa’: 110).

“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Asy-syuura: 25).

“Orang-orang yang mengerjakan kejahatan kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-A’raf: 153).

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur: 31).

“Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Maidah: 74).

“Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-Nya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah: 104).

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kalian kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhanmu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.” (At-Tahrim: 8).

“Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beramal shaleh kemudian tetap di jalan yang benar.” (Thaaha: 82).

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” (Ali-Imran: 135-136).
Firman Allah Ta'ala: “mereka ingat Allah” maksudnya mereka ingat keagungan Allah, ingat akan perintah dan larangan-Nya, janji dan ancaman-Nya, pahala dan siksa-Nya, sehingga mereka segera memohon ampun kepada Allah dan mereka mengetahui bahwasanya tidak ada yang dapat menagampuni dosa-dosa selain daripada Allah.
Dan firman Allah Ta'ala: “Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu” yakni mereka tidak tetap melakukannya padahal mereka mengetahui hal itu dilarang, dan bahwa ampunan Allah bagi orang yang bertaubat daripadanya.
Dalam hadits disebutkan:
(( مَا أَصَرَّ مَنِ اسْتَغْفَرَ وَإِنْ عَادَ فِيْ اليَوْمِ سَبْعِيْنَ مَرَّةً )) رواه أبو يعلى وأبو دادود والترمذي والبزار، وحسنه ابن كثير في تفسيره جزء 1 ص 408.
“Tidaklah dianggap melanjutkan perbuatan keji orang yang memohon ampun, meskipun dalam sehari ia ulangi sebanyak 70 kali.” (HR. Abu Ya’la, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al Bazzar dalam musnadnya, Ibnu Katsir mengatakan: hadis hasan; tafsir Ibnu Katsir, 1/408.

B. Hadits-hadits tentang taubat:

1. Rasulullah bersabda:
(( يَاأَيُّهَا النَّاسُ تُوْبُوْا إِلَى اللهِ وَاسْتَغْفِرُوْهُ فَإِنِّيْ أَتُوْبُ فِيْ اليَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ )) رواه مسلم.
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR. Muslim).
Demikianlah keadaan Rasulullah , padahal beliau telah diampuni dosa-dosanya, baik yang lalu maupun yang akan datang. Tetapi Rasulullah adalah hamba yang pandai bersyukur, pendidik yang bijaksana, pengasih dan penyayang. Semoga shalawat dan salam yang sempurna dilimpahkan kepada beliau.

2. Abu Musa meriwayatkan dari Rasulullah :
(( إِنَّ اللهَ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوْبَ مُسِيْءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ فِيْ النَّهَارِ لِيَتُوْبَ مُسِيْءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا ))
“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di siang hari dan Dia membentangkan tangan-Nya pada siang hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di malam hari, sehingga matahari terbit dari barat (Kiamat).” (HR. Muslim).

3. Rasulullah bersabda:
(( مَنْ تَابَ قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا تَابَ اللهُ عَلَيْهِ)) رواه مسلم.
“Barangsiapa bertaubat sebelum matahari terbit dari barat niscaya Allah menerima taubatnya.” (HR. Muslim).
Sebab jika matahari telah terbit dari barat maka pintu taubat serta merta ditutup.
Demikian pula tidak ada gunanya taubat seseorang ketika hendak meninggal dunia. Allah berfirman:

“Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: “sesungguhnya aku bertaubat sekarang.” (An-Nisaa’: 18).

4. Rasulullah bersabda:
(( إِنَّ اللهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ العَبْدِ مَالَمْ يُغَرْغِرْ )) رواه الترمذي.
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba, selama nyawanya belum sampai di kerongkongan.” (HR. At-Tirmidzi, dan ia menghasankannya).
Karena itu setiap muslim wajib bertaubat kepada Allah dari segala dosa dan maksiat di setiap waktu dan kesempatan sebelum ajal mendadak menjemputnya sehingga ia tak lagi memiliki kesempatan, lalu baru menyesal, meratapi atas kelengahannya. Jika dia orang baik, maka dia menyesal mengapa dia tidak memperbanyak kebaikannya, dan jika dia orang jahat maka ia menyesal mengapa ia tidak bertaubat, memohon ampun dan kembali kepada Allah.

5. Dari Ibnu Abbas , ia berkata, Rasulullah bersabda:
(( مَنْ لَزِمَ الاِسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَمِنْ كُلِّ ضَيْقٍ مَخْرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ )) رواه أبو داود.
“Barangsiapa senantiasa beristighfar, niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya kelapangan dan untuk setiap kesempitannya jalan keluar, dan akan diberi-Nya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (HR. Abu Daud)(1 ).
Imam Al-Auza’i ditanya: “bagaimana cara beristighfar?” beliau menjawab: “Hendaknya
(1) . Lihat kitab Lathaiful Maarif, oleh Ibnu Rajab hlm, 172-178.

mengatakan: “Astaghfirullah, astaghfirullah.” Artinya, aku memohon ampunan kepada Allah.

6. Anas meriwayatkan, aku mendengar Nabi bersabda, Allah berfirman:
قَالَ الله تَعَالَى: يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِيْ وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِيْ، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ وَلاَ أُبَالِيْ، يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيْتَنِيْ لاَ تُشْرِكْ بِيْ شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً )) رواه الترمذي.
“Allah Ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, niscaya Aku ampuni dosa-dosamu yang lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu sampai ke awan langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa-dosa sepenuh bumi dan kamu menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatupun, niscaya Aku datangkan utukmu ampunan sepenuh bumi pula.” (HR. At-Tirmidzi, ia berkata: hadits ini hasan).

Dalam hadits di atas disebutkan tiga sebab mendapatkan ampunan:
1. Berdoa dengan penuh harap.
2. Beristighfar, yaitu memohon ampunan kepada Allah.
3. Merealisasikan tauhid, dan memurnikannya dari berbagai bentuk syirik, bid’ah dan kemaksiatan. Hadits di atas juga menunjukkan luasnya rahmat Allah, ampunan, kebaikan dan anugerah-Nya yang banyak.

p/s : maklumat ini diambil dari seorang sahabat yg tidak dikenali
semoga Allah redha ♥

12 RAKA'AT DAN ISTANA SYURGA


Sebagai dien (aturan hidup) yang syamil, kamil dan mutakamil (lengkap, sempurna dan saling menyempurnakan) ajaran Islam meliputi segenap urusan hidup. Islam tidak saja mengatur urusan hidup di alam fana dunia tetapi juga meliputi kehidupan di alam baqa akhirat.

Banyak arahan dari Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam yang mendorong seorang Muslim untuk berinvestasi jangka panjang bagi kebahagiaan hidup di akhirat. Malah Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menggambarkan bahwa seorang Muslim yang peduli dengan kehidupannya di alam sesudah meninggalkan dunia fana ini, merupakan Muslim yang cerdas. Kecerdasan seseorang bukanlah bilamana ia peduli sukses dalam kehidupan dunia namun tidak pernah merencanakan keberhasilan untuk hidupnya di alam akhirat.

الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ

“Orang yang paling cerdas ialah orang yang banyak menghitung-hitung/evaluasi/introspeksi (‘amal-perbuatan) dirinya dan ber’amal untuk kehidupan setelah kematian. (At-Tirmidzi 8/499)

Bagi seorang Muslim keberhasilan di akhirat merupakan keberhasilan sejati. Sedangkan keberhasilan di dunia tidaklah dianggap sebagai keberhasilan kecuali jika keberhasilan tersebut mampu memperbesar peluang bagi dirinya untuk menjadi berhasil pula di akhirat. Inilah yang digambarkan Allah ta’aala melalui firmanNya sebagai berikut:

وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

”Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (QS Ali Imran ayat 185)

Saudaraku, salah satu arahan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam yang menarik untuk diperhatikan dan selanjutnya dilaksanakan ialah menegakkan sholat sunnah dua belas rakaat setiap hari. Tentu hal ini setelah menunaikan sholat lima waktu yang wajib dikerjakan setiap hari pula. Apa yang menarik dari arahan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam ini?

Yang menarik ialah reward atau ganjaran yang Nabi shollallahu ’alaih wa sallam janjikan bagi pelakunya. Coba simak hadits di bawah ini:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Dari Aisyah radhiyallahu ’anha beliau berkata: Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Barangsiapa rutin menegakkan sholat sunnah dua belas rakaat, maka Allah ta’aala akan membuatkan rumah baginya di surga, yaitu empat rakaat sebelum Zhuhur, dua rakaat sesudah Zhuhur, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isya dan dua rakaat sebelum Subuh.” (HR Tirmidzi 379)

Bayangkan, saudaraku…! Hanya dengan mengerjakan perbuatan yang tidak sulit ini seseorang dijamin Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bakal Allah ta’aala bangunkan rumah alias istana di surga. Subhanallah...!

Namun sudah barang tentu untuk memperoleh fasilitas istimewa ini seorang Muslim tidak diharapkan hanya mengerjakannya satu hari seumur hidupnya lalu sesudah itu ia tinggalkan dan tidak pernah mengerjakannya lagi sama sekali. Jangan lupa Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menyuruh seorang Muslim untuk membiasakan diri melakukan suatu amal kebaikan dengan konsistensi dan keteguhan. Allah ta’aala menyukai hambaNya yang walaupun mengerjakan perkara kecil namun ia mau mengerjakannya secara kontinyu, terus-menerus, tidak angin-anginan, tidak musiman.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اكْلَفُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْعَمَلِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ وَكَانَ إِذَا عَمِلَ عَمَلًا أَثْبَتَهُ

Dari Aisyah radhiyallahu ’anha beliau berkata: Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:“Lakukanlah amal sesuai kesanggupan. Karena sesungguhnya Allah ta’aala tidak akan bosan sehingga engkau menjadi bosan. Dan sesungguhnya amal yang paling Allah ta’aala sukai ialah yang terus-menerus dikerjakan walaupun sedikit. Dan bila ia beramal ia beramal dengan teguh pendirian.” (HR Abu Dawud 1161)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“(Ya Allah) Yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah pendirianku di atas agamaMu.” (HR Tirmidzi 2066)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kelemahan, kemalasan, sikap pengecut, kebakhilan, kepikunan, dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah diriku ketakwaannya dan sucikanlah ia, karena Engkaulah yang sebaik-baik yang menyucikannya, Engkaulah Penolong dan Pemiliknya.” (HR Muslim 4899)