Monday, April 18, 2011

Ku sedar akan kelemahan diri ini

Setiap insan bernama wanita ingin di dampingi lelaki yang dicintainya..namun tak semua yang kita impikan akan menjadi milik kita..Allah lebih tahu..itu sesuatu yang pasti..Aku menantimu wahai kekasihku...namun aku sering bertanya kepada diriku ini, layak kah aku untuk mencintai dan di cintai..Ya Allah, aku malu padamu..sudah cukupkah cintaku kepadaMU sehingga aku terkejar-kejar , resah kerana cinta manusia..aku khilaf Ya Allah, ampuni aku :(

Kekasihku...
aku sering berharap kau akan menjadi adam idaman ramai wanita..bukan kerana ketampanan mu tetapi kerana ilmu mu..layak kah aku memiliki diri mu jika engkau begitu sempurna..aku wanita yang punya 1001 kekurangan..aku malu kepada Allah..Dunia melalaikan aku...Aku sangat memohon ampun kepada Mu Ya Allah , teruslah memberi bimbingan kepada aku supaya aku terus berada di jalan mu , jangan lah kau pesongkan hatiku dan tingkahlaku ku...kepada siapa lagi aku akan merayu moga di beri ketengan jiwa melainkan hanya kepada Engkau Ya Allah....

Aku mencari dan terus mencari..sehingga aku temui dengan mendekati mu lah sebaik-baik ketenangan yang aku perolehi...terima kasih Allah..

No comments:

Post a Comment