Thursday, April 21, 2011

GETARAN TANAH KETIKA HUJAN TURUN


Dalam persidangan saintifik pertama tentang keajaiban saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah yang diadakan di Islamabad,Pakistan, seorang sarjana tumbuh-tumbuhan mengatakan bahawa ada ayat Al-Qu’ran yang menceritakan tentang fakta sains yang ditemui pada tahun 1827.

Pada tahun 1827 seorang saintis Inggeris bernama Brown telah menemui bahawa ketika air hujan sampai ke tanah, ia menyebabkan terjadi getaran & goncangan molekul tanah.

Tanah mengandungi pelbagai molekul yang mempunyai pelbagai jenis bijih yang dimampat antara satu sama lain. Ketika hujan turun, pelbagai jenis bijih ini mengujudkan pelbagai jenis arus elektrik disebabkan bijih-bijih ini mungkin terdiri dari jenis-jenis mineral yang berbeda.

Bijih-bijih ini terion (ion adalah molekul antara sekumpulan molekul yang mempunyai arus elektrik. Jika terdapat penurunan arus elektrik dalam beberapa dari molekul-molekul tersebut,ia berubah menjadi ion positif & jika arus elektrik meningkat dalam beberapa dari molekul-molekul tersebut,ia berubah menjadi ion negatif).

Ketika hujan, molekul-molekul ionik bergegar dan apabila air menyimbahi mereka dari arah yang berbeza (gegaran dan goncangan molekul-molekul ion yang asalnya mampat merenggangkan jarak bijih-bijih & air boleh masuk di celah-celah di-antara bijih-bijih tersebut) ia menyerap air dan meningkatkan saiznya.

Apabila ia membesar disebabkan air, maka ia menjadi pengumpul mineral bagi air dalam tanah. Tumbuh-tumbuhan mendapatkan bekalan air selama dua atau tiga bulan dari pengumpul mineral. Jika pengumpul-pengumpul air ini tidak terbentuk, air akan terus menyusup ke dalam tanah dan tumbuh-tumbuhan akan mati dalam tempoh seminggu.

Penemuan ini telah dinamakan Brown’s Shaking, sempena nama pakar tumbuhan Inggeris tersebut,padahal ia telah disebutkan dalam Al-Qur’an sebelum empat belas abad lalu.

Hal ini adalah disebabkan kejahilan manusia yang tidak mahu membaca dan bertanya. Di dalam Al-Qur’an diterangkan: ” Dan kamu melihat bumi yang kering kontang, maka apabila Kami turunkan ke atasnya air (hujan) ia bergerak dan ia subur dan ia menumbuhkan berbagai jenis pasangan tumbuh-tumbuhan yang indah dipandang.” ( Al- Hajj 22: 5).

Oleh itu Al-Quran telah mendahului ilmu sains moden dalam mengungkap getaran tanah yang disebabkan oleh hujan. Ini adalah bukti jelas bahawa ayat Al-Qur’an adalah wahyu Ilahi.

Ianya telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk memberikan panduan yang paling bermenafa’at bagi kehidupan manusia serta ia banyak menawarkan rahsia alam semesta yang manusia terpaksa bersusah payah untuk mencarinya jika manusia tesebut tidak membaca dan meneliti kandungan Al-Quran.


No comments:

Post a Comment